Monday 13 May 2013

MENYELESAIKAN MASALAH PERKAUMAN DI MALAYSIA.

MENYELESAIKAN MASALAH PERKAUMAN DI MALAYSIA.- Part 1

Di mana puncanya ?

     Sejak Merdeka lagi isu perkauman telah menjadi satu isu yang masing-masing kaum menuduh kesalahan kaum lain dan lama kelamaan telah menjadi api dalam sekam. Setelah itu, masing-masing kaum ada rahsia tersembunyi, fitnah, grand design dan macam-macam lagi cerita/kisah benar, yang benar - benar terjadi tetapi jika di lihat pada masa itu, dengan persekitaran dan suasana politik dan ekonomi pada masa itu, tindakan provokasi, fitnah dan ancaman, tindakan ini di anggap betul pada tiap-tiap bangsa yang terlibat .
     Jika kita hendak lihat puncanya masalah perkauman ini, kita kita balik kebelakang melihat sejarah secara ringkasnya. Dua kaum terbesar yang bertelagah dan tegang adalah antara kaum Melayu dan Cina . Orang India tak menjadi masalah besar tetapi menjadi mangsa kerana tersepit antara pergaduhan kaum ini .
     Sebelum Merdeka, orang cina memasuki Tanah Melayu melalui Kerajaan Melayu Melaka. Semasa Sultan  Melaka  berkahwin dengan Putri Maharaja China , Hang Li Po.  Saya rasa takde pun kedengaran ketegangan kaum masa tu.
     Meringkaskan sejarah, kemudian British yang memerintah melalui Sistem residen dan terus British membawa masuk lagi orang cina dan India untuk menjadi pelombong, buruh  dan sebagainya.
     Semasa ini tiada lagi ketegangan kaum melainkan ada  kongsi kaum cina yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum cina. Pada masa itu orang melayu tak ramai lagi,  tidak ada pengerakkan dan persatuan kecuali mengikut ketua kampong dan wakil raja atau raja yang memerintah negeri.
     Dimana mulanya ketegangan kaum ini ?? ... Setelah Jepun memerintah Malaya maka ia bermula ........bersambung PART 2


www.facebook.com/donlyone.arifanuar?ref=tn_tnmn